Wednesday 17 April 2013

GULA-GULA KAPAS

assalamualaikum semua ,, 

dah lama menghilang kini aku kembali dengan entri baru , haha ayat tak nak kalah , dah macam orang kesah sangat kau update blog ke tak kan , orang jenguk pon taknak blog kau ni aida , sila jangan nak bebajet femez sangat , kihkihkih
entri baru ni aku nak cite pasal gula-gula kapas , baca tajuk je dah boleh buat korang meleleh air liur terbayangkan gula-gula kapas kan , sila ambil tisu dan lap air liur tu sekarang , hahaha


hari tu masa ayah aku stop isi minyak kat petronas , aku macam biasa la kan law tak jejak kaki kat kedai petronas tu mang tak sah , ada je bnde aku nak beli nak makan then tetiba aku ternampak lah gegula kapas ni duk gayut kat pintu masuk , aku rasa benda tu dah lama ada kat situ cuma aku je yang lambat nak perasan benda tu semua , hehehe nampak je gegula kapas tu terus aku teringat masa kekecik dulu selalu jugak la makan benda alah tu dan selalu berebut dengan akak-akak aku , kiteorang jarang dapat makan benda ni , biasa lah zaman dulu-dulu kala mana ada nak jual sangat benda ni tak cam sekarang kat memana je senang kau boleh dapat , kalau dulu kena pergi funfair la baru boleh makan benda cam ni law takde funfair takde la kau nak makan benda cam ni kan , gegula kapas ni boleh dikatakan femes jugak lah zaman bebudak dulu tapi zaman sekarang aku tak pasti bebudak minat lagi ke tak benda cam ni kan , ntah kenal ntah tidak gegula kapas ni , tu beza zaman dulu dengan zaman sekarang kan ,


ni dia gula kapas kau

 seingat aku dulu gegula kapas ni ada warna pink je , sekarang macam-macam warna dah diorang buat , tinggal kau nak pilih je warna apa yang korang suka , tapi rasa dia semua sama , kau takyah mimpi sangat nak gegula kapas perisa epal ke strawberi ke mang takde oke , dan kalau kau taknak kena kencing manis kau takyah ngada-ngada nak buat gegula kapas ni menu breakfast kau tiap-tiap pagi , silap hari bulan kaki kau kena potong , nak cam tu ?? makan setahun sekali pon dah cukup untuk lepas gian cam aku ni , orang pon pelik tengok orang besar bapak cam korang duk makan gegula kapas kat tepi jalan cam budak kecik , hahaha :P

Monday 1 April 2013

family outing

salam april semua ,,, (lambai-ii tangan)

masuk hari niy dah lebih kurang 3 bulan lebih lepas habis exam spm aku duduk rumah buat aktiviti yang sama , makan , tidur , online , 3 aktiviti yang sebati dalam hidup aku sebab dah 3 bulan lebih kot aku buat benda yang sama , pernah jugak kadang-ii tu bosan yang teramat sangat sampai aku rasa nak roboh-ii kan rumah ni aku ni pastu buat balik ,, hahah gilaer nau kan aku ,, imaginasi semata-mata ,, kihkihkih

disebabkan aku rasa bosan sangat-ii , aku pon ajak lah ayah aku keluar amik angin kat kuantan , mula-ii mang tak lah kan ayah aku nak layan aku dengan penat kerja nya , tapi disebabkan aku bosan sangat sampai aku rasa dah nazak sangat dah ni (ayat taknak kalah) aku paksa juga ayah aku bawak aku keluar sambil buat ayat-ii sedih dengan reaksi muka yang cam nak mintak penampar the hulk ,, akhirnye berkat usaha dan lakonan aku yang mengancam tu , akhirnya ayah aku setuju nak bawak aku keluar malam tu ,, yeay ! yeay ! boleh kuar(sambil loncat-ii kegembiraan)hahaha

first tempat kiteorg pergi megamall sebab akak aku cakap kat situ ada pc fair , kiranya macam ada sale lah untuk laptop , mp4 , mouse , dan sebagai nya aku malas nak taip banyak-ii kat sini ,, rasa macam nak jugak beli laptop satu maklum lah boleh dapat harga murah kan , tapi duit aku time tu still tak cukup nak beli laptop dengan harga murah yang diorang bagi , so jalan-ii kat situ cuci mata jela kan , nak beli duit takde kang tak pepasal kena gadai kereta ayah aku tu nak bayar duit laptop semua bagai ,, kihkihkih

dah penat jalan keliling perut pon rasa lapar , nak makan kat dalam mega tu ?? mang tak lah kan , makan kat mall ni yak best sebab tak banyak pilihan , so ayah aku pon heret lah kiteorang pergi makan kat tanjung lumpur , wow ! sebut tanjung lumpur je semua dah tahu tempat tu kira cam syurga makanan laut , so sesape yang suka sangat makan makanan laut tu bolah la datang kat tanjung lumpur ni , kedai makan berderet-deret kat tepi jalan sampai kau taktahu kedai mana yang korang semua nak pilih ,, setelah teliti satu-ii kedai so kiteorang pilih kedai makan nama MARINA SEAFOOD , memandangkan kiteorang berempat so kiteorang pon order lah nasi , tomyam , telur dadar dan sayur campur untuk dimakan seramai empat orang ,, tunggu punye tunggu sampai jugak makanan kiteorang ,, 

TADAAAA~~~


tomyam seafood
sayur campur
telur dadar separuh

waktu ni aku lapar sangat sampai lupa nak tangkap gambar dulu sebelum makan , hahaha (wajib ke tangkap gambar??) lepas dah makan beberapa suap nasi baru aku teringat nak tangkap gambar sebab tu lah gambar makanan semua yang dah tinggal separuh ,, hahaha makanan yang kiteorang order untuk makan empat die bagi macam untuk makan 10 orang ,, banyak giler kot , aku yang kuat makan ni pon tak larat nak habis kan semua ,, kecuali telur dadar tu je yang aku habis kan sebab telur tu mang diorderkan khas untuk aku ,, nak tahu kenapa ?? (bebajet special pulak aku ni kan) aku sebenarnya tak makan seafood udang sotong bagai tu , dalam tomyam tu ade sotong dengan udang je mang tak lah aku nak makan kan , so aku amik kuah die je untuk dimakan bersama telur dadar ,, 


hanya nasi dan telur dadar semate-mate , isk !isk !

harga makanan ni semua rm52 dan dibayar oleh kakak aku yang baru dapat gaji ,, hahah seronok betul paw orang yang dapat gaji ni kan ,, hahaha(gelak jahat) makan kat sini mang kenyang la sampai aku tak larat dah jalan rasa nak tidur je kat situ , masuk je kereta aku dengan akak aku siap banding lagi perut sape yang lagi besar , tak senonoh punye perangai adik beradik ni kan , sila jangan tiru aksi ini dirumah oke ,, hehehe :D

p/s aku jumpa cat farish n the geng makan sekali kat situ , ingat nak jugak amik gambar dengan artis kan tapi segan pulak nanti orang cakap berie bagai , yang penting dia senyum kat mak aku , kbaii