Saturday 13 July 2013

new life :)

assalamualaikum semuaa ... *jerit kuat-ii


baca tajuk je mesti korang dah tahu aku nak story pasal apa kan , bijak sungguh korang ni , give a big clap for yourself , terover la plak .. hahaha nevermind la kan yang penting sekarang aku tengah excited nak story pasal hidup aku as UMP's student .. which mean UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG .. wah ! macam tak caya je aku dah bergelar pelajar universiti sekarang lebih kurang dua minggu dah kan , tetiba terasa riak ,, eh ! eh ! sabar aida , bulan puasa ni tak baik riak , kurang pahala puasa baru padan muka kau kan .. hehehe


okay , berbalik kepada topik asal , hari first pendaftaran aku dapat bilik C1-111 , bila dah dapat bilik terpikir jugak cam mana lah roomates aku nanti , agak-ii dorang satu kepala dengan aku tak , sporting ke tak kan , buat nya dapat yang pendiam plus sengal plus kerek , mang tak la aku nak hidup kat situ kan , so bila dah berkenalan dengan semua roomates , wow !! it's really unbelievable ,dorang sangat sporting dan kepala gila-ii jugak macam aku so mang sesuai sangat la nak jadi geng aku , kteorang mang kecoh giler sampai semua ingat kteorang dah lama kenal padahal baru bape minit je kenal tapi dah macam berpuluh tahun kenal ,, hahaha
 
roomates : from left che nor , aku , aida dan pikah 

hah ! hampir terlupa , aku ada kenal sorang lagi budak penang yang satu kepala jugak dengan kteorang tapi bilik lain , kteorang terjumpa dia dekat tandas sebelum orentasi , dan jadi la kteorang satu geng budak ump yang hyperactive , mungkin ! hehehe


coursemate : zatie 

rasa nya tu je yang aku nak tulis sekarang , ingat nak tulis lagi panjang lebar macam karangan spm 350 patah perkataan tu tapi aku agak buzy sekarang , nanti ada masa aku update lagi pasal life aku kat ump ni oke ..


happy reading and have a nice day :)

Monday 13 May 2013

selamat hari maa :)

assalamualaikum semua ..

semua dah sedia maklumkan yang semalam hari ibu so kepada semua wanita-ii yang bergelar ibu tu selamat hari ibu saya ucap kan , tak kesah la law anak-ii panggil mama ke mak ke mummy ke yang penting aku nak ucap selamat hari ibu jugak , law ucap selamat hari ibu kat mak aku , dia balas pegi la ucap kat ibu jiran sebelah rumah aku tu sebab kiteorang adik beradik panggil maa so aku pon tukar la jadi selamat hari maa kang tak pepasal nangis pulak kan tak wish kat dia , kikiki 

sehari sebelum hari ibu tu banyak jugak post kat fb yang duk ucap selamat hari ibu kat mama-ii dorang then dah baca post banyak-ii tu semua aku pon plan nak beli kek la kat mak aku kan memandangkan hari ibu sebelum-ii ni aku buat dek je kan so apa salah nya tahun ni aku buat lain sikit , lagipon tak lama lagi aku nak sambung belajar nak pergi jauh so mesti jarang dah nak manja-ii dengan mak aku tu kan ,isk ! isk ! isk ! sedih sangat bunyi nya .. oke sambung balik , nak dijadikan cerita plan punya plan last-ii aku lupa nak tempah kek , kau bayangkan pukul 10 pagi hari ibu tu baru aku teringat pasal kek , nasib baik pukul 10 pagi kalau 10malam , hah ! mana kau nak cari kek malam-ii buta tu , mang takde la kan , tapi nasib baik lah aku ada number kakak kek tu pastu aku pon mesej lah nak kek cenggini cenggitu kan , pastu akak tu cakap dalam pukul 6petang baru kek tu siap sebab dia banyak tempahan lain , aku pon masa tu cam "what ?? pukul 6petang lambat sangat tu" pikir punya pikir takpe lah pukul 6 pon 6 la janji ada daripada takde kan , kebetulan petang tu kawan aku ajak keluar aku pon oke lah boleh ajak dia pergi amik kek tu nanti law tak sapa nak pegang kek tu atas moto kan , silap hari bulan terkubur kek tu atas jalan , melayang duit aku , hehehe

niat dihati konon nak nak buat suprise la kat mak aku , dalam hati mintak-ii la mak aku waktu tu duk dalam bilik ke dalam jamban ke kan boleh la aku sorok kek tu , last-ii aku sampai je dia dengan relax nya duk sembang dengan kawan dia depan rumah , cis ! terkantoi semua nya .. nasib la kan .. lepas je kawan dia balik berlari-lari dia masuk rumah tanya aku kek dia mana .. tahu-ii je kek tu untuk dia kan , then aku amik kek tu siap suruh dia pakai tudung lagi sebab aku nak amik gambar , excited dia dua kali ganda daripada aku kot , aku suruh g pakai tudung je dengan baju-ii sekali dia tukar , law ikutkan hati kain batik tu pon dia nak tukar tapi aku cakap tak payah bukan nak keluar pergi makan hotel pon kan , dia pon redha je pakai kain batik tu , kikikiki 


cepat-ii potong kek , hehe

muka happy dapat kek , haha

sedap nya , nyam ! nyam !

p/s thanks to dirah sebab teman aku beli kek ni , aku tahu kau mesti baca punya , kikiki lain kali belanja magnum mini pulak ye , haha :P



Thursday 9 May 2013

as simple as me :)

assalamualaikum , hai hai semua :)

disebabkan aku dah lama sangat , sangat , sangat dan sangat , nak menunjukkan yang memang dah lama tak update so penggunaan perkataan sangat tu harus diulang beberapa kali supaya korang boleh mendalami maksud LAMA SANGAT tu haa , so aku kembali jugak meng'update' blog aku walaupon aku rasa sekarang ni aku takde idea pon nak tulis pasal apa ni haa , asal nak update blog je takde idea , nampak sangat aku ni takde bakat menulis , isk! isk! isk! sedih tau .. tapi takpe lah setiap orang ada kelebihan masing masing kan mungkin kelebihan aku bukan dalam bidang penulisan tapi bidang lain , errrr .. mungkin !

baiklah ! cewah ayat nak power je kan , kahkahkah sekarang ni aku bukan nak cite pasal kelebihan ke kemungkinan or whatsoever lah kan , tapi aku nak cite pasal header baru aku kat atas tu , nampak tak ? nampak tak ? nampak tak ? hehe excited ngat kau kan aida .. header tu baru upload tadi tau , sebenarnya dah lama aku kempunan nak letak header kat blog aku ni , tapi edit punya edit semua header yang aku buat tak menjadi , stress tau rasa nak gigit gigit je laptop ni haa tapi sayang pulak gigi tulen aku ni kang tak pepasal kena pakai gigi palsu , jatuh saham tau , berbalik kepada header tadi , bila dah stress sesangat tu tetiba aku teringat pasal sorang budak kat fb ni , aku penah la nampak dia upload gambar header blog kat fb so dengan muka tak malu ni haa aku pon mintak la tolong dia buat kan header untuk aku dan nasib baik dia tu baik hati nak tolong kan ... hahaha

berkat usaha gigih dia mengedit header untuk aku akhirnya terhasil lah header seperti yang diatas itu , sila scroll sendiri oke ,, hehehe simple je kan header tu ? aku rasa dia pon buat cincai cincai je sebab aku baru je hantar gambar kat dia tup tup dah siap pon , tapi takpe lah aku rasa header tu pon dah cukup cantik lagi pon aku suka yang simple dan tak terlalu serabut dengan hiasan tah pape tu kan , so header yang simple cam ni dah cukup buat aku happy sampai aku rasa nak peluk bawa tidur laptop ni jap lagi kang , hahaha

p/s to alyah syabil , kalau kau baca blog ni , thanks a lot for your kind of help .. 


Wednesday 17 April 2013

GULA-GULA KAPAS

assalamualaikum semua ,, 

dah lama menghilang kini aku kembali dengan entri baru , haha ayat tak nak kalah , dah macam orang kesah sangat kau update blog ke tak kan , orang jenguk pon taknak blog kau ni aida , sila jangan nak bebajet femez sangat , kihkihkih
entri baru ni aku nak cite pasal gula-gula kapas , baca tajuk je dah boleh buat korang meleleh air liur terbayangkan gula-gula kapas kan , sila ambil tisu dan lap air liur tu sekarang , hahaha


hari tu masa ayah aku stop isi minyak kat petronas , aku macam biasa la kan law tak jejak kaki kat kedai petronas tu mang tak sah , ada je bnde aku nak beli nak makan then tetiba aku ternampak lah gegula kapas ni duk gayut kat pintu masuk , aku rasa benda tu dah lama ada kat situ cuma aku je yang lambat nak perasan benda tu semua , hehehe nampak je gegula kapas tu terus aku teringat masa kekecik dulu selalu jugak la makan benda alah tu dan selalu berebut dengan akak-akak aku , kiteorang jarang dapat makan benda ni , biasa lah zaman dulu-dulu kala mana ada nak jual sangat benda ni tak cam sekarang kat memana je senang kau boleh dapat , kalau dulu kena pergi funfair la baru boleh makan benda cam ni law takde funfair takde la kau nak makan benda cam ni kan , gegula kapas ni boleh dikatakan femes jugak lah zaman bebudak dulu tapi zaman sekarang aku tak pasti bebudak minat lagi ke tak benda cam ni kan , ntah kenal ntah tidak gegula kapas ni , tu beza zaman dulu dengan zaman sekarang kan ,


ni dia gula kapas kau

 seingat aku dulu gegula kapas ni ada warna pink je , sekarang macam-macam warna dah diorang buat , tinggal kau nak pilih je warna apa yang korang suka , tapi rasa dia semua sama , kau takyah mimpi sangat nak gegula kapas perisa epal ke strawberi ke mang takde oke , dan kalau kau taknak kena kencing manis kau takyah ngada-ngada nak buat gegula kapas ni menu breakfast kau tiap-tiap pagi , silap hari bulan kaki kau kena potong , nak cam tu ?? makan setahun sekali pon dah cukup untuk lepas gian cam aku ni , orang pon pelik tengok orang besar bapak cam korang duk makan gegula kapas kat tepi jalan cam budak kecik , hahaha :P

Monday 1 April 2013

family outing

salam april semua ,,, (lambai-ii tangan)

masuk hari niy dah lebih kurang 3 bulan lebih lepas habis exam spm aku duduk rumah buat aktiviti yang sama , makan , tidur , online , 3 aktiviti yang sebati dalam hidup aku sebab dah 3 bulan lebih kot aku buat benda yang sama , pernah jugak kadang-ii tu bosan yang teramat sangat sampai aku rasa nak roboh-ii kan rumah ni aku ni pastu buat balik ,, hahah gilaer nau kan aku ,, imaginasi semata-mata ,, kihkihkih

disebabkan aku rasa bosan sangat-ii , aku pon ajak lah ayah aku keluar amik angin kat kuantan , mula-ii mang tak lah kan ayah aku nak layan aku dengan penat kerja nya , tapi disebabkan aku bosan sangat sampai aku rasa dah nazak sangat dah ni (ayat taknak kalah) aku paksa juga ayah aku bawak aku keluar sambil buat ayat-ii sedih dengan reaksi muka yang cam nak mintak penampar the hulk ,, akhirnye berkat usaha dan lakonan aku yang mengancam tu , akhirnya ayah aku setuju nak bawak aku keluar malam tu ,, yeay ! yeay ! boleh kuar(sambil loncat-ii kegembiraan)hahaha

first tempat kiteorg pergi megamall sebab akak aku cakap kat situ ada pc fair , kiranya macam ada sale lah untuk laptop , mp4 , mouse , dan sebagai nya aku malas nak taip banyak-ii kat sini ,, rasa macam nak jugak beli laptop satu maklum lah boleh dapat harga murah kan , tapi duit aku time tu still tak cukup nak beli laptop dengan harga murah yang diorang bagi , so jalan-ii kat situ cuci mata jela kan , nak beli duit takde kang tak pepasal kena gadai kereta ayah aku tu nak bayar duit laptop semua bagai ,, kihkihkih

dah penat jalan keliling perut pon rasa lapar , nak makan kat dalam mega tu ?? mang tak lah kan , makan kat mall ni yak best sebab tak banyak pilihan , so ayah aku pon heret lah kiteorang pergi makan kat tanjung lumpur , wow ! sebut tanjung lumpur je semua dah tahu tempat tu kira cam syurga makanan laut , so sesape yang suka sangat makan makanan laut tu bolah la datang kat tanjung lumpur ni , kedai makan berderet-deret kat tepi jalan sampai kau taktahu kedai mana yang korang semua nak pilih ,, setelah teliti satu-ii kedai so kiteorang pilih kedai makan nama MARINA SEAFOOD , memandangkan kiteorang berempat so kiteorang pon order lah nasi , tomyam , telur dadar dan sayur campur untuk dimakan seramai empat orang ,, tunggu punye tunggu sampai jugak makanan kiteorang ,, 

TADAAAA~~~


tomyam seafood
sayur campur
telur dadar separuh

waktu ni aku lapar sangat sampai lupa nak tangkap gambar dulu sebelum makan , hahaha (wajib ke tangkap gambar??) lepas dah makan beberapa suap nasi baru aku teringat nak tangkap gambar sebab tu lah gambar makanan semua yang dah tinggal separuh ,, hahaha makanan yang kiteorang order untuk makan empat die bagi macam untuk makan 10 orang ,, banyak giler kot , aku yang kuat makan ni pon tak larat nak habis kan semua ,, kecuali telur dadar tu je yang aku habis kan sebab telur tu mang diorderkan khas untuk aku ,, nak tahu kenapa ?? (bebajet special pulak aku ni kan) aku sebenarnya tak makan seafood udang sotong bagai tu , dalam tomyam tu ade sotong dengan udang je mang tak lah aku nak makan kan , so aku amik kuah die je untuk dimakan bersama telur dadar ,, 


hanya nasi dan telur dadar semate-mate , isk !isk !

harga makanan ni semua rm52 dan dibayar oleh kakak aku yang baru dapat gaji ,, hahah seronok betul paw orang yang dapat gaji ni kan ,, hahaha(gelak jahat) makan kat sini mang kenyang la sampai aku tak larat dah jalan rasa nak tidur je kat situ , masuk je kereta aku dengan akak aku siap banding lagi perut sape yang lagi besar , tak senonoh punye perangai adik beradik ni kan , sila jangan tiru aksi ini dirumah oke ,, hehehe :D

p/s aku jumpa cat farish n the geng makan sekali kat situ , ingat nak jugak amik gambar dengan artis kan tapi segan pulak nanti orang cakap berie bagai , yang penting dia senyum kat mak aku , kbaii 







Wednesday 27 March 2013

SPM OH SPM !

assalamualaikum semua .. 

heee dah lama giler kot tak update blog , seriusly lama sangat , aku baru je nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni sebab tu dah lama tak update , takde idea lah , pelik jugak aku cam mana lah blogger-II yang lain tu boleh update blog pepanjang sangat cam karangan spm tu , rajin betul diorang berfikir , eh ! diorang yang rajin ke aku yang malas ? errrr ..


whatever lah kan , tapi cakap pasal spm niy , semua orang dah tahu kan result spm dah keluar 21 march 2013 hari tu , so dah seminggu result keluar aku baru sibuk-II nak update pasal result .. hahaha aku sedih sebenarnya dengan result aku tu sebab tu malas nak cite pape , tapi memandangkan blog ni sunyi sepi tanpa entri baru aku pon nak cite la sikit pasal result aku tu , tak mau cite banyak-II k cite sikit-II je , malu owh dapat result cam tu , (sorok muka dalam baju)


sehari sebelum nak ambil result tu , sumpah cakap aku cuak giler kot , takde la nak cakap sehari pon , sebenarnya seminggu sebelum result keluar pon aku dah cuak giler bagai nya tapi sehari sebelum tu rasa cuak tu makin menjadi-jadi pulak dah , cam nak meletop dah jantung aku ni , cuak giler wa cakap lu tidur pon tak lena , pagi tu pon tetiba boleh bangun awal risau punya pasal , eh ! risau ke excited ?? hahah both feeling tu ada lah , excited sebab result nak keluar and risau result yang keluar tu akan buat kau nangis air mata darah bagai  , oke hyperbola sangat kan ,, 


sebelum cikgu bagi slip tu aku dah tahu pon result yang aku dapat , biasa lah zaman teknologi serba canggih sekarang semua nya hujung jari je , masa aku tw result aku tu macam-ii yang aku rasa , sedih , gembira , terharu dan tak sangka , sedih sebab tak dapat apa yang aku target , gembira sebab semua subject kredit , terharu sebab dapat result cam tu dan tak sangka sebab subject yang aku target fail aku telah scor dengan cemerlang nya ,, hahah bangga k bangga ..


mesti korang ingat ramai yang sedih nangis-ii bagai masa dapat result tu kan ,, jujur la aku cakap time tu tak sorang pon yang nangis weh ! takde sorang pon ! takde ! aku pon tak pasti lah budak batch aku ni takde perasaan ke diorang puas hati dengan result diorang atau pon dorang malu nak nangis depan orang ramai , mungkin dorang tunggu sampai rumah masuk bilik kunci pintu bagai pastu nangis sesorang kan , mana lah tahu mungkin ada jugak orang cam niy , tapi aku mang tak lah nak nangis bagai kan , tak suka k tak suka ! hahaha 


p/s lupa pulak nak bagitau result spm aku , oke lah aku dapat 1A+3A1A-2B+2B ,, pape pon aku syukur dengan result cam niy , alhamdulilah :)

Sunday 10 March 2013

kakak kawin :)

assalamualaikum ,, :)

hari ni merupakan salah satu hari yang paling penat ,, kenapa ?? sebab hari ni ada majlis sambut menantu kakak aku ,, sebenarnya dah sebulan akak aku tu kawin tapi baru hari ni nak buat majlis sambut menantu kerana kesibukan pasangan suami isteri itu ,, hahah skema giler ayat aku kan ,, pape jela ,,

     pengantin dah basi ,, haha :P
        pengantin dan pengapit :)


                                                        rombongan belah perempuan :)

aku malas nak tulis panjang-II sangat pasal pengantin atau rombongan-II sekalian sebab aku nak cite pasal makanan dia ,, lauk pauk semua biasalah macam menu kenduri yang lain tapi yang menjadi perhatian aku ialah sambal belacan dia ,, best giler wa cakap lu ,, first time aku makan sambal belacan yang sedap cam tu siap boleh ratah ayam goreng cicah sambal belacan macam korang makan roti canai cicah kari ,, punye la sedap tapi natijah nya tanggung sendiri la kan bila orang resdung makan belacan ,, sendiri pikir apa akibat nya ,, :(

tu jela yang aku nak tulis memandangkan aku pon penat sangat da ni otak pon xtahu nak taip apa dah ,, hahah eh ! kalau korang perasan gambar aku xde pon kan sebab aku lah jurukamera nya ,, sibuk sangat nak tangkap gmbar orang sedang kan gambar aku takde orang pon nak tangkap ,, wuuu~~~ sedih betul kisah hidup aku ni ,, tapi sebelum balik tu aku paksa akak aku tangkap gambar aku walaupon keadaan aku waktu tu dah serabai sangat dengan cuaca yang sangat panas ,, hahahah 

tadaaaaa~~~
   si selekeh ! abang aku menyibuk kat belakang ,, 

p/s aku si pengumpul beg kenduri :P