Monday 13 May 2013

selamat hari maa :)

assalamualaikum semua ..

semua dah sedia maklumkan yang semalam hari ibu so kepada semua wanita-ii yang bergelar ibu tu selamat hari ibu saya ucap kan , tak kesah la law anak-ii panggil mama ke mak ke mummy ke yang penting aku nak ucap selamat hari ibu jugak , law ucap selamat hari ibu kat mak aku , dia balas pegi la ucap kat ibu jiran sebelah rumah aku tu sebab kiteorang adik beradik panggil maa so aku pon tukar la jadi selamat hari maa kang tak pepasal nangis pulak kan tak wish kat dia , kikiki 

sehari sebelum hari ibu tu banyak jugak post kat fb yang duk ucap selamat hari ibu kat mama-ii dorang then dah baca post banyak-ii tu semua aku pon plan nak beli kek la kat mak aku kan memandangkan hari ibu sebelum-ii ni aku buat dek je kan so apa salah nya tahun ni aku buat lain sikit , lagipon tak lama lagi aku nak sambung belajar nak pergi jauh so mesti jarang dah nak manja-ii dengan mak aku tu kan ,isk ! isk ! isk ! sedih sangat bunyi nya .. oke sambung balik , nak dijadikan cerita plan punya plan last-ii aku lupa nak tempah kek , kau bayangkan pukul 10 pagi hari ibu tu baru aku teringat pasal kek , nasib baik pukul 10 pagi kalau 10malam , hah ! mana kau nak cari kek malam-ii buta tu , mang takde la kan , tapi nasib baik lah aku ada number kakak kek tu pastu aku pon mesej lah nak kek cenggini cenggitu kan , pastu akak tu cakap dalam pukul 6petang baru kek tu siap sebab dia banyak tempahan lain , aku pon masa tu cam "what ?? pukul 6petang lambat sangat tu" pikir punya pikir takpe lah pukul 6 pon 6 la janji ada daripada takde kan , kebetulan petang tu kawan aku ajak keluar aku pon oke lah boleh ajak dia pergi amik kek tu nanti law tak sapa nak pegang kek tu atas moto kan , silap hari bulan terkubur kek tu atas jalan , melayang duit aku , hehehe

niat dihati konon nak nak buat suprise la kat mak aku , dalam hati mintak-ii la mak aku waktu tu duk dalam bilik ke dalam jamban ke kan boleh la aku sorok kek tu , last-ii aku sampai je dia dengan relax nya duk sembang dengan kawan dia depan rumah , cis ! terkantoi semua nya .. nasib la kan .. lepas je kawan dia balik berlari-lari dia masuk rumah tanya aku kek dia mana .. tahu-ii je kek tu untuk dia kan , then aku amik kek tu siap suruh dia pakai tudung lagi sebab aku nak amik gambar , excited dia dua kali ganda daripada aku kot , aku suruh g pakai tudung je dengan baju-ii sekali dia tukar , law ikutkan hati kain batik tu pon dia nak tukar tapi aku cakap tak payah bukan nak keluar pergi makan hotel pon kan , dia pon redha je pakai kain batik tu , kikikiki 


cepat-ii potong kek , hehe

muka happy dapat kek , haha

sedap nya , nyam ! nyam !

p/s thanks to dirah sebab teman aku beli kek ni , aku tahu kau mesti baca punya , kikiki lain kali belanja magnum mini pulak ye , haha :P



Thursday 9 May 2013

as simple as me :)

assalamualaikum , hai hai semua :)

disebabkan aku dah lama sangat , sangat , sangat dan sangat , nak menunjukkan yang memang dah lama tak update so penggunaan perkataan sangat tu harus diulang beberapa kali supaya korang boleh mendalami maksud LAMA SANGAT tu haa , so aku kembali jugak meng'update' blog aku walaupon aku rasa sekarang ni aku takde idea pon nak tulis pasal apa ni haa , asal nak update blog je takde idea , nampak sangat aku ni takde bakat menulis , isk! isk! isk! sedih tau .. tapi takpe lah setiap orang ada kelebihan masing masing kan mungkin kelebihan aku bukan dalam bidang penulisan tapi bidang lain , errrr .. mungkin !

baiklah ! cewah ayat nak power je kan , kahkahkah sekarang ni aku bukan nak cite pasal kelebihan ke kemungkinan or whatsoever lah kan , tapi aku nak cite pasal header baru aku kat atas tu , nampak tak ? nampak tak ? nampak tak ? hehe excited ngat kau kan aida .. header tu baru upload tadi tau , sebenarnya dah lama aku kempunan nak letak header kat blog aku ni , tapi edit punya edit semua header yang aku buat tak menjadi , stress tau rasa nak gigit gigit je laptop ni haa tapi sayang pulak gigi tulen aku ni kang tak pepasal kena pakai gigi palsu , jatuh saham tau , berbalik kepada header tadi , bila dah stress sesangat tu tetiba aku teringat pasal sorang budak kat fb ni , aku penah la nampak dia upload gambar header blog kat fb so dengan muka tak malu ni haa aku pon mintak la tolong dia buat kan header untuk aku dan nasib baik dia tu baik hati nak tolong kan ... hahaha

berkat usaha gigih dia mengedit header untuk aku akhirnya terhasil lah header seperti yang diatas itu , sila scroll sendiri oke ,, hehehe simple je kan header tu ? aku rasa dia pon buat cincai cincai je sebab aku baru je hantar gambar kat dia tup tup dah siap pon , tapi takpe lah aku rasa header tu pon dah cukup cantik lagi pon aku suka yang simple dan tak terlalu serabut dengan hiasan tah pape tu kan , so header yang simple cam ni dah cukup buat aku happy sampai aku rasa nak peluk bawa tidur laptop ni jap lagi kang , hahaha

p/s to alyah syabil , kalau kau baca blog ni , thanks a lot for your kind of help ..